December 31, 2012

Stuntman

Meyaksikan kekasih hati pengarang jantung peneman jiwa melambung depan mata rasanya bukanlah seperti SoleroShot di Genting. Boleh pejam mata dan tunggu benda itu habis je, dah habis baru terasa seronok nikmat tidak terhingga pastu nak naik lagi. Oh tidak!

Engkau tidak boleh sama sekali membuat u-turn di jalan yang berhampiran simpang tiga. Engkau siap boleh keluar dari parking bahu jalan tanpa lampu isyarat terlebih dahulu. Apa perasaan engkau perempuan kalau partner engkau dilanggar dalam keadaan sedemikian rupa didepan mata??

Kita tunggu keputusan siasatan polis january 2013, insyaAllah.

My 2012

 January 
Annual dinner, aku ter-lucky, makanya dapat sony nex5. Sampai ke hari ni takde lense camera tuh.

February
Ter-lahir bumble bee. Sungguh tidak merancang untuk membeli tetapi disebabkan keperluan berdating, terlahirlah bumble bee. Bila agaknya ayah nak naik bumble bee ye?

March
Genap setahun jagung bersama mohd firdaus chek musa, beranniversary secara sah di hatyai.

May
Ayah bernazar sekiranya aku terselamat dari accident May 2011, Makkah dan Madinah menjadi destinasi hati, jiwa dan raga.

July
One-step closer mengikut adat melayu. Alhamdulillah.

Sept
Birthday! di Terengganu meraikan cinta Qistina =)

October
Serabut dengan benda yang perlu untuk reception day!

November
Assistant kepada encik tunang, mengapply kerja. Alih-alih dapat atas usaha dia juga.

December
Panjang Lambung!

my

December 27, 2012

Bercuti itu Indah

Berkerja straight 5 hari bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Sehari mesti cukup 480 minit dan 60 minit waktu merehatkan telinga. Waktu rehat tak boleh lebih walaupun 30 saat, sebab system kira sebagai 1 minit. Apa jadi kalau lebih? Nanti monthly performance akan effect yang mengganggu kedudukan ranking dan juga bonus. Terasa seperti robot bukan.

Bertahan! bertahaaan! bertahaann!

Minggu ini kerja 5 hari berturut-turut. Memang jarang sebenarnya dapat 5 hari macam ini. Rasanya call center memang macam ini kot. Tersaaangaaatlaah tak larat tapi semalam baru start. Kadar pendengaran telinga sebelah kiri didapati sudah merosot. Telinga sebelah kiri yang selalu pakai headset, nak pakai sebelah kanan terasa tak selasa tapi bila kerja memang tak teringat langsung nak tukar sebelah kanan. Aigoooo!

Encik tunang sudah berbahagia bersama semi-government. Pergi mana sesuka hati walau ke jamban sekalipun, tak perlu bersusah payah untuk sukat masa. Sampai pepagi siap boleh pergi breakfast dulu, lepas breakfast boleh relaks perut sambil jari tekan- tekan tetikus untuk breakfast mata dengan youtube, facebook, baca suratkhabar..haihhh bahagia sungguh!

Bercuti itu Indah

December 25, 2012

Perubahan demi perubahan
Sikit demi sedikit
Tak nampak jadi ketara
Kerap menjadi kebiasaan

Dear hati,
Janganlah sedih kepada benda yang tak pasti. Jangan diikutkan perasaan. Jangan termakan hasutan. Sulami dengan kalam berharga di ukhrawi. InsyaAllah.

Dear teman,
Keterbatasan diri menyuarakan dan meluahkan, menempah pendam dan tekanan. Hati luluh disaat pendam. Mengadu menempatkan meluat disatu sudut.

December 24, 2012

BersiapSiapan

Bersiap-siapan hampir kesiapan. Hehehh. Apa kau mereypek kerepek! Semalam seronok sebab mengmckan diri semata bersiap persiapan kesiapan. Mc bukan free tapi dibayar dengan gastrik dan tonsil. Tak pasal semalam tahu aku ada gastrik.

 Okehh..persiapan hampir siap dengan barang hantaran. Dari awalnye nak bagi gadget tapi takpayah bersusah payah untuk membazir. So tak jadi. Orang nak bagi gadget, aku pun nak gadget..gedik membazir sungguh kau aiza! Bukan keperluan pun. Kesedaran awal yang tepat pada waktunya. Selamat duit aku. 

Masalahnya sekarang, pakej pelamin sanding terlalu membazir harganya..sekarang tengah timbang-timbang berat duit untuk dikurangkan, mungkin aku tukar pakej. Tapi kalau tukar mesti susah puashati dengan benda yang dioffer. Haih. Kenapa laa harga pelamin dan baju yang cantik perlu letak harga tinggi, cukup sekadar balik modal dan untung sikit tak boleh ke? Haiiiyooo.

December 13, 2012

Langkaweeee!!

Day 1: Underwaterworld & Telaga Harbour

ferry.firsttime.terry
hi langkawiii 
Sea Apple nama dia...ke? enh?
ceria sungguh beliau
tengok je laaa, nak naik tak dapat.

Day 2 : Island Hopping, Cable Car & Oriental Village



Pulau Dayang Bunting, sampai je ada penyambut tetamu yg penggemar beg
Eagle Feeding katanya, ingatkan aku yg bagi makan
bermandi snorkelling
heeeeeeeeeeee =) gigi sapa lagi cantek?! saya!
cable car sampai ada 3 station

chocolate lah! apa lagi
Helicopter lah! apa lagi


Day 3 : Baliikk perlis! 
Sejarah bukan sembarangan
subhanaAllah!
Cantek!
Terime kaseh Azio Hotel. See you next time bersama VolksWagen  sewaan.