November 27, 2013

Hari ini bermula episod cuti menunggu ketibaan raja istana rahim. Aktiviti dimulakan dengan membontot ayahanda raja ke mana sahaja kecuali ke office. Malam ini dimulakan dengan membontot ayah berjumpa client. Whoaa.


Raja istana rahim didapati agak aktif di malam hari. Seronok berjalan di malam hari kah?
Sekarang takpe lagi, tapi nanti dah berpijak berguling di bumi sementara Pencipta, haruslah berehat di rumah, bukan di luar rumah. Kita beribadah di rumah bersama ayahanda hokey? heheh
Bermula satu cerita antara dua doktor berbeza hospital.

SeparuhMurah : ehh.... besar ni baby awak ni. kalau tigapointlima pun dah besar, ni kan pula awak empatpointkosongtigalima. Whoa.

SeparuhMahal : awak punya graph memang atas dari garisan.. tapi sekarang tigapointlima. There is no right or wrong answer. Ada situasi scan tigapointempat tapi sekali keluar empatpointkosonng secara normal.

Berusahalah kita sekuatnya, berusahalah kita mengpushnya.
Semoga dipermudahkan. Amin.

Dear XY,

I love you. Ibunda sayang awak. Ibunda rindu gerakan awak dalam istana rahim yang mengombakkan perut ibunda. Ibunda rasa seperti magik bila kita bertelepati. chewah! hahahaahah
Memula dalam trimester pertama, pergi kerja menaiki ulat gonggok bandar, terasa tersangatlah tak larat untuk berdiri untuk tempoh 30minit ke destinasi. Jadi bertelepati bersama awak, seolah-olah diberi tenaga untuk berdiri. Fuyohh! Ini bukan rekaan tapi macam magik! Ini yang dinamakan anugerah dariNya.

InsyaAllah kita bertemu lagi beberapa hari. Miss you!


November 20, 2013

TwentyPlusWeekOfPregnancy

nampak bum bum tak? =) 

Alkisah...
Setelah sekian lama berumahtangga, kini baru ada masa terluang utk berblog. Chewah!! Budget busy memanjang. Poooooraaahhhh!!

Kami bernikah hampir SetahunLapanBulan. Berkahwin hampir TujuhBulan.
Pening tak statement ni? heehehh. Renung-renungkan. Selamat beramal.

Sedikit juadah untuk mata pembaca. Ada ke pembaca?








Okeh. Gambar kahwin kami tak banyak sebab photographer terhilangkan gambar kahwin kami, hardisc corrupted katanya. Backup pun hilang katanya.
Jadinya kami dapat album kahwin sahaja dengan harga RM100. Video nasib baik ada, videographer dah bagi CD. Tapi sedih juga sebab gambar itu lagi penting sebenarnya. Banyak moment yang pengantin tak dapat nak tengok.