March 22, 2015

Ibad menipis

babysitter baru memang layan ibad macam cucu sendiri. Alhamdulillah.

segala apa yang dirancang
segala apa yang kita fikir
segala apa yang kita jangka
Dia yang mendahului segalanya.

setiap perkara pasti ada ujian. Alhamdulillah.

Agak challenging nak bagi ibad makan.
Disebabkan ini la babysitter baru menangis, risau sebab ibad taknak makan. Kalau makan pun sesuap dua.

Menu ibad hari2 tukar. Tak faham kenapa dia taknak makan breakfast and lunch. Susu formula dia minum tapi tak banyak. Budak sebaya dia sekali menyusu 7oz or lebih.  Ibad 5oz pun susah.
Kalau dekat rumah tak risau sangat sebab ibad breastfeed.

Disebabkan ibad tak makan,
people tend to feed him unhealthy food mcm junk food, chocolate etc . Sebab dia memang makan banyak dan habis.
Bukan tak boleh bagi  tapi ibad eczema. Makan sikit je, naik gatal-gatal
Kesian tengok dia tergaru-garu.

Hopefully ibad berisi sikit  gatal-gatal hilang sebelum end of april. Nanti ibunda tak tahu nak jawab apa dengan tok mummy.

February 13, 2015

Entah kenapa nervous itu datang.
Kali pertama semasa di Pusat Perubatan Univ. Malaya.

Selepas melahirkan pada lewat petang aku dihantarkan ke ward pada sebelah malamnya.
Semasa di ward, nurse datang untuk proses pemulangan bayi. Makanya Ibad tak perlu duduk nursery lah.
Mata sangat mengantuk tapi disebabkan  nervous siap berpeluh bagai, padahal dalam aircond, tak boleh nak lelap.
So tengok laa ibad yang mengiring kat sebelah. Kami tido sekatil. hehehe.
I was a new mom on that time. I don't know how to hold you properly. I was really nervous.

**okeh cerita tergantung. Kalau sambung boleh jadi karangan. Nak bagitau aku nervous je.

Kali kedua. Alkisahnya dalam proses pertukaran babysitter. Ibad dijaga oleh tok mummy chik sementara je.
First day nak ambik Ibad Allah je yang tahu nervousnya dari pagi datang kerja sampai lah ambil Ibad dari rumah mak chik bawa balik rumah.

He is a good boy. Patiently sit on his carseat while ibunda driving. On the first day, he just stared at me while i was driving. I wonder what was in his mind.

I love you boy!

December 27, 2014

life

sincere.
the hardest thing to do.
find it hard once you in another phase of life.

Hari hari doa semoga diikhlaskan hati.
Hati berat.
Susah.

we know our part.
we know our responsibility.
when others ignore their part.
it will be burdened to you.

November 8, 2014

Ibad

Dari hari ke hari nak catat kisah ibad. Tapi asyik tertangguh.
Kalau sekarang nak coret, tak pasti boleh ingat semua.

Kita cuba.

First Trimester
Ibad dah diperkenalkan dengan susu formula di usia 3hari dan 4hari. Sebab ibunda kurang susu untuk dua hari sahaja.

Memang tidur mengiring dari hari pertama. Dia selesa begitu. Lena :)

2-3minggu : Ibad pandai hisap mitten

6minggu : Pandai toleh, tengok ibunda pergi mana.

3bulan : ibunda rasa awak dah makan sebab babysitter bagi. Ibunda tak tahu. Dapat tahu bila babysitter bagitau waktu awak 4 bulan.

3bulan lebih : meniarap
4bulan lebih : Ibunda bagi awak puree.

Second Trimester
5bulan : Ibad suka nangis sambil meniarap dan sembam muka ke bantal. Ibad dah boleh ke depan masa ni.

6bulan : dah makan porridge. Meniarap pusing 360° ke depan dan ke belakang.

7bulan : Ibunda jaga awak sepenuh masa. Boleh duduk tapi kena support belakang. Suka baring mengiring (first step utk duduk sendiri) Ayah beli walker.

8bulan : Berjaya duduk sendiri. Ibad mula memilih makan sebab dah pandai rasa.

Third Trimester
9bulan : Merangkak tapi cara sendiri. Kaki kanan di tongkatkan. heheh
Pandai berjalan dengan tangan berpaut.

10bulan : Boleh berdiri sendiri dengan berpaut pada benda atau barang dan berjalan meniti dari barang ke barang.

11bulan : Mula berdiri tanpa sokongan.


November 1, 2014

Tetiang Pepapan

tapaham.
tapaham.
tapaham.

benda kecik yang impak besar kemudian hari.
jadi minta tolong untuk benda kecik pada orang lain or orang dekat dengan kita or orang sehampir sebelah tulang.. mungkin?

Tapiiiii....
jawapannya??
..........................

Tinggikan kesabaranku.
Ikhlaskan hati hambaMu yang lemah ini.
amin.