June 29, 2014
Ramadhan Kali Ini
Rutin selama 4 tahun ditinggalkan. why oo why aiza??
- customer ok! malaysian kan? wayyyyy better than other countries.
- management worst! faham lah kalau cuti rejected sebab call queue atau service level. Tapi kalau emergency leave pun nak kena datang kerja jugak susah lah. sooo heartless!!
- EBM Ibad sudah kehabisan stok.
- Bulan puasa saya tidak mahu "seterohh customer service, aiza bercakap..boleh sy bantu". Saya tidak mahu, "ehh dah buka puasa ni, awak tak buka puasa lagi ke?". Saya tidak mahu "Awak tunggu sekejap jgn dropcall, saya nak minum air dulu (buka puasa sbb baru azan maghrib)".
- Saya nak cuti raya dengan hati gumbira :)
- Saya nak bergolek bergomol dengan khalifah pinjaman Allah 24/7!! Hihihh :))
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Lindungi hambamu yang lemah. Berkatkanlah rezeki ramadhan ini.
amin.
Selamat berpuasaaa!! Selamat beribadahh!!
Okeh dah pukul 5 pagi nak kejut isi rumah untuk bersahur.
February 25, 2014
Bengkung Lelaki
Hubby baru lepas surgery slipped disc, doctor suggest pakai bengkung untuk tempoh 6 minggu. Makanya puas la aku google bengkung lelaki, bengkung untuk slipped disc, bengkung untuk back pain, tapi tak banyak yang jumpa. Ada jumpa but its too expensive.
Masa doctor suruh pakai bengkung, doctor tak bagitau plak fisio akan bekalkan. Sekarang dah jumpa bengkung. Oppo Lumbar Sacro Support used to support the lumbar spine and muscles of the lower back. Itu diaaaaaaaa. Affordable price, rm130+ sahaja.
Selamat berbengkung encik suami!
January 26, 2014
Permata Hati
Cuba untuk tidak menggunakan buaian. Cuba untuk tidak meng-nestum-kan sebelom 6 bulan atau sebelom 4 bulan sekurang-kurangnya.
Sangat pantas berlaku, serentak pada usia 54 hari.
Muhammad Qasyaf Ibad merengek dari jam 3 petang sehingga 8 malam. Tido ibarat chipsmore yang sangat singkat masanya. Mungkin disebabkan kali pertama menempuh perjalanan 7 ke 8 jam dr KL ke Perlis.
Saranan orang tua menggunakan buaian elektrik, sebab babysitter nanti akan guna buaian elektrik juga. Jadi kena biasakan dia dengan buaian untuk siang hari mungkin. Dengan harapan tidak menyusahkan babysitter yang willing untuk jaga Qasyaf Ibad dengan waktu kerja ibunda yang tidak menentu.
Nestum cereal rice dicampur satu sudu teh ke dalam susu ebm oleh nenek perlis nya. Sebab? Qasyaf Ibad lelaki kuat menyusu dan kerap lapar. Benda ini normal sebab ramai buat dari dulu lg.
Hati ibu yang bertarung melahirkan anak dengan separuh nyawa, dan berusaha untuk fully breastfeed sehingga usia 6 bulan, cuba untuk tidokan tanpa bantuan buaian.... kenapa ayat aku ni tergantung? Ok sila guna bahasa mudah aiza.
Hati saya sedih sebab jadi macam ini. Jadi sy hanya mampu berdoa semoga segalanya baik untuk Qasyaf Ibad. Amin.
December 24, 2013
Confinement #3
3hari 2malam, aku dengan qasyaf menginap di Universiti Malaya Medical Center atau lebih dikenali sebagai PPUM. Dah macam karangan plak. Qasyaf ibad demam 3.83, disebabkan baru 2minggu usianya, kena tahan ward lah untuk further check up.
Elok je Qasyaf Ibad discharge, ayahnya pula admitted Columbia Hosp sebab keracunan makanan.
Syahdu rasa hati tak dapat ziarah. Dapat tengok gambar tangan pun ok la, tapi sayup juga hati ni.
December 11, 2013
Confinement #2
Heeeeeeeeeeeee =)
Indah! Alhamdulillah
Terima kaseh Penciptaku!
Diberi kesempatan, diatur masa dan peluang olehNya bagi membolehkan new mommy tido mengimpit bersama ayahnya si kecik semalam. Terubat rendu sikit walaupun dalam diri ade rase malu segan. Kenapa entah ada rasa macam tu.
New mommy tengah-tengah diapit ayahnya si kecik sebelah kiri (dekat dengan kipas) si kecik sebelah kanan new mommy.
Qasyaf goodboy tido malam tak menangis, merengek sikit je sebab nak susu. Ayah dapat tido sedikit lena. Ibunda rasa lega.
Terime kaseh sayang!