December 31, 2011

Olah Mengolah Olahan

Sila mengolah bahan sebelum mengizinkan bendasing menakluk...sila!! Tapi sebagai manusia biasa yang jarang sekali berlandaskan ke-rasional-an (ada ke ayat ni?) sering sekali ditakluk terlebih dahulu.

Sekiranya bahan sudah diolahkan, janganlah kiranya diri menjadi bodoh sombong utk tidak menerima olahan tersebut, kalau taknak terima takpe! Tapi hujahkan balik kenapa olahan tersebut tidakbolehditerimapakai.





p/s: orang yg sayang kau, ikhlas nak tolong kau, kau tak nampak! tapi orang yg belum tentu tolong dgn ikhlas, yang tuh ko nak mengendeng! SILA OLAH

*pesanan untuk diri sendiri dan manusia sejagat- sekiranya perlu*

December 22, 2011

Cutiiiiiiii

18Dec2011

Bermulalah cuti yg panjang, asyik tgk org lain jek cuti panjang. Tapi takde ape2 plan yg menarik, cuma cukup sekadar mengisi masa lapang.
Location: Pasar
Aktiviti: Sotong Udang Ayam Sayur


19Dec2011

Tetibe rasa nak masak.. Sebab tuh semalam pegi pasar tettttt!! :D
Menu: Masak Lemak Cili Api

Gambar memang tak cantek sbb sumber pengcahayaan yg tidak membantu menonjolkan gambar. ewah!! Rasanya tuh yang penting..












20Dec2011


Rasa nak masak datang lagi :)
Menu: Paprik dan Sotong goreng tepung

Turraaahhhhhhhh!! Macam2 adaaa..ayam ada sotong ada udang ada carrot ada. Tapi udang jek yg menonjol sebab dia rasa dia cantek mungkin. Sotong goreng tepung - sedap!










21Dec2011

Hari ni pula pergi hospital, pagi-pagi lagi dah kuar sbb appointment dah full jadi nama kat waiting list jek. Kalau lambat tak sempat, doctor tuh ada pagi jek.
Jumpe doctor main cucuk-cucuk bahu main picit-picit muka.

Location: DEMC



Balik hospital, pergi midvalley dengan harapan tgk ombak rindu, tp full house. Asyik full jek, so tgk mission impossible. Disebabkan encik panjang dah lama tak main bowling, jadi mainlaaaaa bowliiingg jap.



Petang pergi Hospital Besar KL, tengok atok encik panjang. Sekali jumpa maksu encik panjang yg aku panggil 'akak' dgn slumber hehehh.


22Dec2011

Khamis ni pula, cadangnye nak pergi cari hadiah kahwin roza dan shida tapi pagi tuh encik panjang cakap ada hal lain.. hampir cancel! Hasil daripada pemberontakan, jadi keluar laa tapi sekejap, takpelah atleast sempat beli hadiah kahwin tuh.

Tengah/hari tetiba encik panjang free, hal lain dia tak jadi... *senyum* ombak rindulah kami! :)Memandangkan esoknya keje, tambah lagi satu movie songlap.

23Dec2011

Sepatutnya cuti, sepatutnya keluar dengan athul tapi cuti kene cancel. Boleh plak workforce nak buat mcm nih.. tak baik tau! Memanglah kat ofis tuh lautan merah melanda, tapi hak pekerja jangan lah nak buat sesuka hati. Ingat kitorang nih pekerja buruh ke ape? Walaupun dasarnya kerja duduk jek tapi telinga yg menadah nih sakit, kene rehat juga. reti?!!

Nasib baik cancel sehari jek. Ngeng!

24Dec2011

Sabtu; Rozarina nikah lepas zohor dan Nurul Shidah majlis perkahwinan. Dengan kereta takde agak sukar untuk pergi dua-dua sekali. Kalau takde sapa teman pergi Sg. Buloh, pergi majlis kahwin laa jawabnya. Last minute, dapat tau Dila pun nak pergi jugak! So, naik ktm laa sampai stesen Kuang then adik rozarina amik.

Sampai umah makcik nih, borak punya borak baru tau dia ala ala wedding garden dgn kereta
kuda bagai.. Mula menggelabah cari baju pengapit, ingatkan nak pakai baju kurung moden jek. Balik dari Sg Buloh tumpang husband dia, hehhe, terus pergi Amcorp Mall carik baju.


25Dec2011

Hari yang dinantikan telah tiba, hari aku menjadi pengantin pengapit :p
Alhamdulillah, semua baik-baik, cuaca pun baik, tetamu pun baik, flower gurl pun baik, kuda puunnn baik :)



Sesudah majlis (mcm ayat novel lak), encik panjang tak boleh balik rumah sbb dia kan kononnya bekerja, jadi dia hanya boleh balik selepas pukul 6. Jadi, kami berombak rindu di Taman Burung pheeewiiitttt :)








Habis dah cuti...arini 26Dec2011 duduk rumah sahaja, makan, dan berinternet

December 14, 2011

ItuNamanyaRahsiaNgok

kenapa saya rasa awak nak berahsia dengan saya?
kenapa perkara yang sama bila jadi kat saya awak nak tau tapi jadi kat awak, awak tak bagi saya tau?

kenapa awak macam tak percaya kat saya bila melibatkan perkara tuh?
sebab saya perempuan ke? sebab awak lelaki yea? hmmm..

kalau macam tuh saya pun nak rahsia lah! baru nampak adil dan saksama..

kadang - kadang awak buat saya fikir yang saya macam kikir parut pula


sungguh tidak mengerti! apa jadi yea sekiranya perkara yang sama berlaku pada awak?
apa perasaan awak? faham tidak?


p/s: awak yang tak faham jangan cuba tafsir benda nih okeh? chill =)

December 11, 2011

keterpaksaan

Subjektif!
Takde betul dan takde salah... pemikiran masing-masing dalam mentafsir sesuatu perkara.

Aku bercakap dalam konteks lain, Engkau bercakap mungkin dalam konteks berbeza..

Hidup dan masa tak menunggu kita...

Terpaksa atau tidak, biar diri sendiri yang menentukan..
Keredhaan hak Ilahi, sekiranya keterpaksaan semata untuk 'cuba' berubah,
InsyaAllah dibukakan jalan...



p/s: share berlandaskan motif, mungkin fikiran aku cetek untuk menjangkau pemikiran kau.

December 9, 2011

Sebab Seronok!!

Cuti pada hari kebahagian orang lain mmg seronok. Boleh pergi makan free pakai baju cantik. Baju cantik jarang pakai pergi kerja sebab kita pergi kerja pakai baju buruk jek sebab nak tadah telinga mendengar sok sek sok sek orang... Cuti tak payah dengar sok sek sok sek, tak payah makan menu bungkus ofis bagi, tak payah tengok neurobeats joget-joget warna merah...
Jadi sebab tuh seronok!


Sebab seronok sgt sampai tak tahu nak cakap apa jadi gambar jek yang bercakap :)



Pergi dengan encik panjang aka driver hati saya! ;) heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

kalau tidak, nak tinggalkan jek budak nih tapi nanti dia merayau tanpa hala tuju lak. Tak sehat! Tak boleh! Bahaya!
Maka, dia pun ada juga lah....





Okeh! nih bukan sesi menayang muka. Tapi memang ter-capture macam nih..
Di belakang ada anak angkat kami!! Ida! :)

Baru notice, ada gambar nih jek ngn ida masa nih..haihh







:: tahniah pengantin ::



Petang diteruskan dengan aktiviti yang agak lama ditinggalkan - sumbang suara. Untuk aktiviti yang terlalu sibuk nih tak perlu gambar lah! sebab semua sibuk menyumbang suara sampai lupe untuk bergambar. Tapi ada juga yang tak berapa nak sibuk...di harap tabah!






:: tetiba ada gambar nih, bersama tangan misteri :) ::




December 3, 2011

Off Day

Off day pada hujung minggu, sabtu ahad, suuuusaaaaaahh jaaraaaaaaannggg nak dapat! sebulan sekali je. Tuh pun kire nasib baik. Annual Leave pun jarang approve. If its approve then you're lucky enough to get some rest, even if you're doing absolutely nothing at home. Absolutey nothing? sleep? hmmm...

Yeaaaaaa cuti!!!

sabtu?
# Merancang untuk pegi dentist tapi tak buat appointment awal2. Bijak aiza!! postpone next friday.

# Bercadang untuk subscribe astro first tapi takde cerita menarik untuk dilanggan. postpone next movies.

# Menyusun plan sendiri untuk kuar berhujung minggu seperti office-hour-workers yg laen tapi kurang berjaya sebab encik panjang ada asssesment, seolah-olah bekerja pulak dia hari ini. So pergi lepas dia habes assessment. good luck dear!! :)

# Sekarang mengadap recorded program yang hentah hape hape untuk membazirkan waktu. Wah! Banyak sangat ke masa kau yang nak dibazirkan tuh?

# Diberi harapan untuk menonton Ombak Rindu oleh orang itu, tapi tak pasti schedule dia gila-OT macam mana. Jadi kita tunggu.







its 1516.. mari cari kerja.......................................




dah jumpe keje... mari makaaannn!!! :)

October 31, 2011

Eeeeeeeeeeeee 72!!

bersengkang mata mengadap Odboso mengretrieve benda yang sepatutnya untuk berjam-jam. Setiap minit aku tersenyum sebab gambar yang terdelete tuh muncul! ada! wujud! datang balik! bagus!!! ade sinar harapan untuk dapatkan balik.
tapiiiiiiiiii software tuh bukan free sebenarnya yeaaa :)

bengang!


DAN



harini handphone terpelanting dalam toilet bowl setelah aku flushed dua kali. die berenang gaya kuak lentang disitu!

tanpa fikir dua kali...
kau dah nak exceed shortbreak
dah laa kau exceed mealbreak
dgn tak buat half an hour mealbreaknya lagi
handphone dah kat tangan :) tanya la mcm mane aku ambik
screen pecah sikit, maksudnya ade air laa yang dah masukkan? maka handphone tak boleh hidup skg.. yeaaaaaaaaaaaaaa!!!



DAN


Kuda cop encik salleh kurang sihat kerana.......kurang pastilah kenapa....
sangat menjadi tanda tanya, sebab kejadiannya sekelumit jek tapi kesannya bukan maen mcm terjun gaung plak
Bagi mengelak tuannya berang maka hendaklah di hulurkan kos pembaikpulihan. diharap encik salleh berbesar hati menolaknya dgn gelengan kepala :)

October 29, 2011

ais + tea o panas = tea o!!

nekad
lalu pantas menghapuskan semua yang tercipta
mengasingkan segala yang tertera

diam
nekad seperti kepadatan zarah yang berubah suhu


nih bukan nekad.. nih beremosi namenya
sape suruh engkau buat aku beremosi?
padan muke!



HOPEfully I can retrieve deleted images on E72

October 19, 2011

gilebudusnakmampuskonih!

seven months
no place to go
need someone very badly at this moment
but nobody I could turn to for this kinda issue


please don't put the blame 110% on other people



skd'[&%#E*()Q*^Egfjsub#$@@!$%&#*(#)(?[}/.qw4896347kjgfkjgh
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!

October 15, 2011

Takut

kurang yakin

macam mane nak tahu diterima?
adakah penerimaan itu tiada pembalasan?

salah. tapi masih bergelumang dengan perkara yg sama.

mengelak.
sampai bila?

tolong lah faham.
hati masih getar. fikiran tidak terjangkau kemungkinan yang berlaku.



Mata dan mata
Hati menjerit .. engkau dengar tak?
Tolonglah
Bimbinglah

October 11, 2011

01102011

rindu pada ruang
jauhBold
tiada isi nak diurai
tiada kata nak dilempar



tahniah ija!


dia pembalut hadiah berhemah


dirasmikan dan disponsor oleh Puan Besar :)


cukur jambul irdina qaisarah


arjuna yang dikutip dari tangga oleh abgku dan muka teruja akmal dgn senah


hepi bday adam boboiboy!!




August 22, 2011

to whom who may concern

I am not QRSTU in your life, and I do understand why I've been treated like this. But please Do nOT give me stupid excuses or any kind words to cover up your truly intention or whatever situation you are in right now.

just come forward and make it clearer


dont make me sick with your attitude and stop blaming me!




p/s: tak payah nak makan cili lebih-lebih kat sini

July 21, 2011

Doing something out of norm sometimes can be really interesting
It depends on how you react and respond

but not for today



18:08 - I saw a man walked away passing by cubicles and went straight to locker room


Ouchh!


July 17, 2011

dah makan? dah makan? dah makan?

soalan yang sama diajukan oleh orang yang sama berulang kali.
bermula dari hidung bertamukan oksigen tiruan sehingga lah oksigen Pencipta menjadi pilihan.

Kenapa?

keprihatinan yang dihidangkan amatlah diperlukan tatkala diri kebingungan.
membuatkan diri merasa diperhatikan dan dikasihi. Terime kaseh!

Masihkah?

kebingungan bertaut kembali tatkala keprihatinan melimpah ruah.
keraguan terusik.

Apakah? arghh!!



:: Segala yang terjadi adalah ketentuanNya ::

July 12, 2011


Now everything starts with R




p/s: si coklat nih macam scott lak!



July 1, 2011

seaweed =)

Nak Duit!



cuba tengok kat dalam stokin busuk bawah kasut tuh

May 28, 2011

surrounded by loving people :)

Thanks for your supports and love :)
Family and Friends
athul and cggians
collegues and encik panjang



Musibah: sesuatu yg tidak disukai oleh manusia :- kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan, kesedihan, bencana dll

**kenapa jadi kat aku? :'( :- soalan pertama yg keluar bila ditimpa kesusahan


TIGA jenis musibah

Kafarah: Ujian utk org baik yg terbuat jahat kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. Musibah diturunkan sbg tebusan menghapuskan dosa.

Bala: Ujian atas org yg melakukan kejahatan. Musibah didatangkan sbg hukuman di dunia sebelum diazab di neraka

Ibtila' : Ujian atas org yg baik ketika melakukan kebaikan sbg tanda kasih syg Allah terhadap hambaNya yg taat. Cth: golongan nabi, syuhada dan solihin


** semua org akan diuji!! Manusia paling kuat diuji adalah para rasul diikuti manusia mengikut tahap keimanan masing-masing.


p/s: saya dah tak larat nak bercerita kisah duka dimalam tersebut,
boleh tak tanya kat org laen?
boleh tak jgn pandang muka saya dgn pandangan pelik?

April 19, 2011

Kek
salah adunan lain jadinya
Hati
salah tafsiran lain jadinya
Mulut
salah bicara lain sgt jadinya
Fikiran
salah fahaman macam-macam jadinya



Keresahan berlegar tepat dibawah diafragma
Merapatkan rongga esophagus
Melemahkan artikulasi pergerakan
Memperlahankan otot muka untuk mengekspresi
Merehatkan otak kanan untuk mentafsir dan mengambil keputusan
Merelakan otak kiri mengendalikan saraf



Maha Pencipta
tunjukkanlah.

April 15, 2011

when wish has been granted

sakit mata tidak semestinya sakit di hati
biar sakit mata, jangan sakit hati

tapi kalau dah sakit mata dan hati
parah.

kalau sakit hati tak sakit mata
tabah dan pasrah.




p/s: I've decided. do respect the decision please.

April 7, 2011

OFF DAY + PAY DAY = IKEA :)

mari menghasut mereka hoyeaaahhh!!


hasil hasutan terdapat di dalam trolley. nampak cam sikit kan? mmg laa kalau dah trolley tu besar.. suke suke~!! :)


menyerap tenaga dari daim cake!! nyumm!

kemudian kami ke langkah seterusnye

HAPPY BIRTHDAY KAK FIDA








April 3, 2011

Taman

Kawasan larangan hampir di jajah.
Berpagarkan pagar yang dipercayai mampu melindungi
Namun...
Dikhuatiri penaklukan bermaharajalela

Cengkerik bersarang diminda
Harus dibiarkan melewati masa kah?
Atau mewajibkan keadaan menentukan segalanya?
Bingung!

March 12, 2011

walking In the step of angeR
has the aNger sUbsiDed ?

It could be less but conspicuous

March 5, 2011

Hari dalam March

Menjadi rutin untuk sakit perut di hari sabtu
nasib baik cuti
toilet dah jadi bilik kedua
chi kit teck on dah jadi teman baik


adik chi kit teck on je yg ada kat umah

Sepatutnya berteater dengan org lain, tapi pergi dgn org lain.
hurm.



Selamat Hari Lahir mak!! yang ke-59
tetap anggun disamping hadiah bday tuh.hehhehh :)


mak tak suka bergambar jadi nih je laa candid yg ada :) tangan comel disituh boleh diabaikan. fokuskan saja pada tokoh bertudung kelabu sudah cukup.
masih anggun bukan? yeaaaaa! indeed!

March 1, 2011

pelanggan

customer is always right

Aku pun pelanggan juga. tapi tak pernah pula ade perasaan camnih. Sebab yang berpengetahuan pasal barang/produk adalah penjual. Jadi sebarang kemusykilan kita, pelanggan, boleh mengutarakan soalan sampai lebam otak nak keluar soalan sampai longgar mulut penjual nak jawab sampai poket keluar duit dengan girang gembira.

Tapi kalau dah penjual cakap cekodok dan siap ejakan c.e.k.o.d.o.k. Jangan laaa kiranyee kau mengada-ngada nak tanya kenapa cekodok kenapa tak cucur, cucurkan lebih moden bunyinya, cucurkan lebih manis sebutannya, padahal kau pun tau benda tuh adalah sama. lapar laaa

Pelanggan kebiasaannya mudah untuk tak berpuas hati sekiranyaa cekodok bukan cucur. Maksudnya tak ikot acuan pelanggan. Hidup nih sementara tak salah kalau bagi peluang penjual meningkatkan mutu kepada cucur. Tapi kalau tak sampai tahap cucur pun, kena terima laa. Kekurangan cekodok tuh cuba kau isi dengan kelebihan lain. contohnya dengan sos tomato. Barulah give and take namanya perut berbunyiii hihihii

Penjual pun manusia biasa yang kadang-kadang jadi pelanggan juga, tapi kebiasaannya penjual yang menjadi pelanggan lebih toleransi dan memahami dan menerima konsep nothing is perfect in this world.

Sekali-sekala selalu pun boleh cuba letak diri kita, pelanggan, dalam pinggan penjual. Barulah kita tau pinggan tuh besar ke tak. pinggan tuh cantek ke tak. pinggan tuh kualiti ikea ke tak. Barulah put yourself in others shoes perut keroncong meatballs ikea pulaak

Sekarang aku cekodok yang kadang-kadang dapat cucur, dan harus mentunaikan hasrat cucur kerana wajib menjaga cucur dari terus larii dari penglihatan mata sehingga adakalanya cekodok merembeskan lebihan minyak goreng yang terlebih sihat penat Pergi main jauh-jauh cucur, pergi main dengan daim cake enh :p


kak shima masak memang sedap!! :) sardin cili api kentang golek-golek sangaattt sedapp!!
terime kasih kepada restoran seri permaisuri kak shima heheh




p/s: lapaaaa!! mari sudahi dengan bontot diangkat ke dapur untuk mentelaah peti ais dengan harapan mushroom soup pizza hut masih tegar di situ dicicah bersama roti resepi Uncle Slocumm *wink wink* :)

February 25, 2011

Gemerlapan

Glittering Stars of Astro CCC - Palace of the Golden Horses
Whoaaa

Takpayah nak whoa sgt laa kalau dah tak terfikir pun nak pegi sebenarnya. Sebab tak nak fikir dan carik baju dan imaginasi diri di malam glamour sebegituh. Kampungnye ko aiza! dah tuh nak buat camne dah tak minat. Tetiba dengar sape tak pegi tak dapat door gift. urmmphhh takpe pasrah. Ade faizal tahir. urmpphhh takpe. Astro Fest mesti die ade. urmmmphhh takpe.

Malam tuh night shifter. hooyeaaahhhh!! takpayah pegi.
tapi last minute dapat tau door gift die menariikk. sape tak pegi tak dapat. sungguh tak syok :(
bukan taknak pegi tapi kene keje kot. ececeehhh.








Selepas 5 hari..





Tuurrraaaaahhhhhh :)




dan lagii




hooraaaaayyyyy!!
ehhhh jap! cash voucher nak pegi dgn sape za? hahhahahahah
takde sape. tapi encik bukh mcm nak arituh. nak bagi ke ar?
akan difikirkaann.

mungkin kah harini sayap berterbangan ke mines? mungkin juga.
adekah Ikea menjadi pilihan? mungkin jugaa.

pay day pay day on off day *wink wink* :)

February 18, 2011

sepetang

" eja ne? eja... aja abi? "
" eja... je aja abi? "

ermmm.
aku takpaham.
setelah di translate oleh mak, baru paham :)

eja pegi mane? eja alza ke myvi?
eja keje alza myvi? *die tau kete tuh jek sebab tuh die pakai ayat tuh*




sepetang di taman jaya

February 13, 2011

Kimchii Drama

Berkimchii drama di hari cuti sebab taktau nak pegi mane di hari minggu dan takde sape nak ajak pegi mane-mane (sedih sungguh ayat.hahah)

ehhh tak. Ade peminat setia yg ajak kuar jugak arini - ajak balik kg. tapi penat nak menggerakkan bontot setelah seharian menghabiskan tenaga kat astro fest semalam.
Lagipun kiriman kasut dari cik lieya maseh belom dicarik. tak syok plak balik tak bawak kiriman.
sori mak! :)

Jadi, mari kite memulakan hari dgn kimchii kimchii




Personal Taste - menarik sebab ade jejaka boys over flower. ape name die? Lee Min Ho enh? ye kot.


mari mulakan.

January 26, 2011

sabar

nak sabar
takbleh.

membuak2 hati rasa nak marah
cuba tahan.

tapi marah kuar kat mata plak
haihh.

January 14, 2011

stress

stress.

punca?
ermmm benda paling dekat mungkin.

ape?
kerja lah.

jadi?
kene berjauhan ngn keje laa camtuh.

camne tuh?
ponteng laaaaaaa tetttt!! =)


p/s: shari jek beringgut ringgit mlayang bak kate kak shima.hehh