December 22, 2011

Cutiiiiiiii

18Dec2011

Bermulalah cuti yg panjang, asyik tgk org lain jek cuti panjang. Tapi takde ape2 plan yg menarik, cuma cukup sekadar mengisi masa lapang.
Location: Pasar
Aktiviti: Sotong Udang Ayam Sayur


19Dec2011

Tetibe rasa nak masak.. Sebab tuh semalam pegi pasar tettttt!! :D
Menu: Masak Lemak Cili Api

Gambar memang tak cantek sbb sumber pengcahayaan yg tidak membantu menonjolkan gambar. ewah!! Rasanya tuh yang penting..












20Dec2011


Rasa nak masak datang lagi :)
Menu: Paprik dan Sotong goreng tepung

Turraaahhhhhhhh!! Macam2 adaaa..ayam ada sotong ada udang ada carrot ada. Tapi udang jek yg menonjol sebab dia rasa dia cantek mungkin. Sotong goreng tepung - sedap!










21Dec2011

Hari ni pula pergi hospital, pagi-pagi lagi dah kuar sbb appointment dah full jadi nama kat waiting list jek. Kalau lambat tak sempat, doctor tuh ada pagi jek.
Jumpe doctor main cucuk-cucuk bahu main picit-picit muka.

Location: DEMC



Balik hospital, pergi midvalley dengan harapan tgk ombak rindu, tp full house. Asyik full jek, so tgk mission impossible. Disebabkan encik panjang dah lama tak main bowling, jadi mainlaaaaa bowliiingg jap.



Petang pergi Hospital Besar KL, tengok atok encik panjang. Sekali jumpa maksu encik panjang yg aku panggil 'akak' dgn slumber hehehh.


22Dec2011

Khamis ni pula, cadangnye nak pergi cari hadiah kahwin roza dan shida tapi pagi tuh encik panjang cakap ada hal lain.. hampir cancel! Hasil daripada pemberontakan, jadi keluar laa tapi sekejap, takpelah atleast sempat beli hadiah kahwin tuh.

Tengah/hari tetiba encik panjang free, hal lain dia tak jadi... *senyum* ombak rindulah kami! :)Memandangkan esoknya keje, tambah lagi satu movie songlap.

23Dec2011

Sepatutnya cuti, sepatutnya keluar dengan athul tapi cuti kene cancel. Boleh plak workforce nak buat mcm nih.. tak baik tau! Memanglah kat ofis tuh lautan merah melanda, tapi hak pekerja jangan lah nak buat sesuka hati. Ingat kitorang nih pekerja buruh ke ape? Walaupun dasarnya kerja duduk jek tapi telinga yg menadah nih sakit, kene rehat juga. reti?!!

Nasib baik cancel sehari jek. Ngeng!

24Dec2011

Sabtu; Rozarina nikah lepas zohor dan Nurul Shidah majlis perkahwinan. Dengan kereta takde agak sukar untuk pergi dua-dua sekali. Kalau takde sapa teman pergi Sg. Buloh, pergi majlis kahwin laa jawabnya. Last minute, dapat tau Dila pun nak pergi jugak! So, naik ktm laa sampai stesen Kuang then adik rozarina amik.

Sampai umah makcik nih, borak punya borak baru tau dia ala ala wedding garden dgn kereta
kuda bagai.. Mula menggelabah cari baju pengapit, ingatkan nak pakai baju kurung moden jek. Balik dari Sg Buloh tumpang husband dia, hehhe, terus pergi Amcorp Mall carik baju.


25Dec2011

Hari yang dinantikan telah tiba, hari aku menjadi pengantin pengapit :p
Alhamdulillah, semua baik-baik, cuaca pun baik, tetamu pun baik, flower gurl pun baik, kuda puunnn baik :)



Sesudah majlis (mcm ayat novel lak), encik panjang tak boleh balik rumah sbb dia kan kononnya bekerja, jadi dia hanya boleh balik selepas pukul 6. Jadi, kami berombak rindu di Taman Burung pheeewiiitttt :)








Habis dah cuti...arini 26Dec2011 duduk rumah sahaja, makan, dan berinternet

No comments: