December 31, 2011

Olah Mengolah Olahan

Sila mengolah bahan sebelum mengizinkan bendasing menakluk...sila!! Tapi sebagai manusia biasa yang jarang sekali berlandaskan ke-rasional-an (ada ke ayat ni?) sering sekali ditakluk terlebih dahulu.

Sekiranya bahan sudah diolahkan, janganlah kiranya diri menjadi bodoh sombong utk tidak menerima olahan tersebut, kalau taknak terima takpe! Tapi hujahkan balik kenapa olahan tersebut tidakbolehditerimapakai.





p/s: orang yg sayang kau, ikhlas nak tolong kau, kau tak nampak! tapi orang yg belum tentu tolong dgn ikhlas, yang tuh ko nak mengendeng! SILA OLAH

*pesanan untuk diri sendiri dan manusia sejagat- sekiranya perlu*

December 22, 2011

Cutiiiiiiii

18Dec2011

Bermulalah cuti yg panjang, asyik tgk org lain jek cuti panjang. Tapi takde ape2 plan yg menarik, cuma cukup sekadar mengisi masa lapang.
Location: Pasar
Aktiviti: Sotong Udang Ayam Sayur


19Dec2011

Tetibe rasa nak masak.. Sebab tuh semalam pegi pasar tettttt!! :D
Menu: Masak Lemak Cili Api

Gambar memang tak cantek sbb sumber pengcahayaan yg tidak membantu menonjolkan gambar. ewah!! Rasanya tuh yang penting..












20Dec2011


Rasa nak masak datang lagi :)
Menu: Paprik dan Sotong goreng tepung

Turraaahhhhhhhh!! Macam2 adaaa..ayam ada sotong ada udang ada carrot ada. Tapi udang jek yg menonjol sebab dia rasa dia cantek mungkin. Sotong goreng tepung - sedap!










21Dec2011

Hari ni pula pergi hospital, pagi-pagi lagi dah kuar sbb appointment dah full jadi nama kat waiting list jek. Kalau lambat tak sempat, doctor tuh ada pagi jek.
Jumpe doctor main cucuk-cucuk bahu main picit-picit muka.

Location: DEMC



Balik hospital, pergi midvalley dengan harapan tgk ombak rindu, tp full house. Asyik full jek, so tgk mission impossible. Disebabkan encik panjang dah lama tak main bowling, jadi mainlaaaaa bowliiingg jap.



Petang pergi Hospital Besar KL, tengok atok encik panjang. Sekali jumpa maksu encik panjang yg aku panggil 'akak' dgn slumber hehehh.


22Dec2011

Khamis ni pula, cadangnye nak pergi cari hadiah kahwin roza dan shida tapi pagi tuh encik panjang cakap ada hal lain.. hampir cancel! Hasil daripada pemberontakan, jadi keluar laa tapi sekejap, takpelah atleast sempat beli hadiah kahwin tuh.

Tengah/hari tetiba encik panjang free, hal lain dia tak jadi... *senyum* ombak rindulah kami! :)Memandangkan esoknya keje, tambah lagi satu movie songlap.

23Dec2011

Sepatutnya cuti, sepatutnya keluar dengan athul tapi cuti kene cancel. Boleh plak workforce nak buat mcm nih.. tak baik tau! Memanglah kat ofis tuh lautan merah melanda, tapi hak pekerja jangan lah nak buat sesuka hati. Ingat kitorang nih pekerja buruh ke ape? Walaupun dasarnya kerja duduk jek tapi telinga yg menadah nih sakit, kene rehat juga. reti?!!

Nasib baik cancel sehari jek. Ngeng!

24Dec2011

Sabtu; Rozarina nikah lepas zohor dan Nurul Shidah majlis perkahwinan. Dengan kereta takde agak sukar untuk pergi dua-dua sekali. Kalau takde sapa teman pergi Sg. Buloh, pergi majlis kahwin laa jawabnya. Last minute, dapat tau Dila pun nak pergi jugak! So, naik ktm laa sampai stesen Kuang then adik rozarina amik.

Sampai umah makcik nih, borak punya borak baru tau dia ala ala wedding garden dgn kereta
kuda bagai.. Mula menggelabah cari baju pengapit, ingatkan nak pakai baju kurung moden jek. Balik dari Sg Buloh tumpang husband dia, hehhe, terus pergi Amcorp Mall carik baju.


25Dec2011

Hari yang dinantikan telah tiba, hari aku menjadi pengantin pengapit :p
Alhamdulillah, semua baik-baik, cuaca pun baik, tetamu pun baik, flower gurl pun baik, kuda puunnn baik :)



Sesudah majlis (mcm ayat novel lak), encik panjang tak boleh balik rumah sbb dia kan kononnya bekerja, jadi dia hanya boleh balik selepas pukul 6. Jadi, kami berombak rindu di Taman Burung pheeewiiitttt :)








Habis dah cuti...arini 26Dec2011 duduk rumah sahaja, makan, dan berinternet

December 14, 2011

ItuNamanyaRahsiaNgok

kenapa saya rasa awak nak berahsia dengan saya?
kenapa perkara yang sama bila jadi kat saya awak nak tau tapi jadi kat awak, awak tak bagi saya tau?

kenapa awak macam tak percaya kat saya bila melibatkan perkara tuh?
sebab saya perempuan ke? sebab awak lelaki yea? hmmm..

kalau macam tuh saya pun nak rahsia lah! baru nampak adil dan saksama..

kadang - kadang awak buat saya fikir yang saya macam kikir parut pula


sungguh tidak mengerti! apa jadi yea sekiranya perkara yang sama berlaku pada awak?
apa perasaan awak? faham tidak?


p/s: awak yang tak faham jangan cuba tafsir benda nih okeh? chill =)

December 11, 2011

keterpaksaan

Subjektif!
Takde betul dan takde salah... pemikiran masing-masing dalam mentafsir sesuatu perkara.

Aku bercakap dalam konteks lain, Engkau bercakap mungkin dalam konteks berbeza..

Hidup dan masa tak menunggu kita...

Terpaksa atau tidak, biar diri sendiri yang menentukan..
Keredhaan hak Ilahi, sekiranya keterpaksaan semata untuk 'cuba' berubah,
InsyaAllah dibukakan jalan...



p/s: share berlandaskan motif, mungkin fikiran aku cetek untuk menjangkau pemikiran kau.

December 9, 2011

Sebab Seronok!!

Cuti pada hari kebahagian orang lain mmg seronok. Boleh pergi makan free pakai baju cantik. Baju cantik jarang pakai pergi kerja sebab kita pergi kerja pakai baju buruk jek sebab nak tadah telinga mendengar sok sek sok sek orang... Cuti tak payah dengar sok sek sok sek, tak payah makan menu bungkus ofis bagi, tak payah tengok neurobeats joget-joget warna merah...
Jadi sebab tuh seronok!


Sebab seronok sgt sampai tak tahu nak cakap apa jadi gambar jek yang bercakap :)



Pergi dengan encik panjang aka driver hati saya! ;) heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

kalau tidak, nak tinggalkan jek budak nih tapi nanti dia merayau tanpa hala tuju lak. Tak sehat! Tak boleh! Bahaya!
Maka, dia pun ada juga lah....





Okeh! nih bukan sesi menayang muka. Tapi memang ter-capture macam nih..
Di belakang ada anak angkat kami!! Ida! :)

Baru notice, ada gambar nih jek ngn ida masa nih..haihh







:: tahniah pengantin ::



Petang diteruskan dengan aktiviti yang agak lama ditinggalkan - sumbang suara. Untuk aktiviti yang terlalu sibuk nih tak perlu gambar lah! sebab semua sibuk menyumbang suara sampai lupe untuk bergambar. Tapi ada juga yang tak berapa nak sibuk...di harap tabah!






:: tetiba ada gambar nih, bersama tangan misteri :) ::




December 3, 2011

Off Day

Off day pada hujung minggu, sabtu ahad, suuuusaaaaaahh jaaraaaaaaannggg nak dapat! sebulan sekali je. Tuh pun kire nasib baik. Annual Leave pun jarang approve. If its approve then you're lucky enough to get some rest, even if you're doing absolutely nothing at home. Absolutey nothing? sleep? hmmm...

Yeaaaaaa cuti!!!

sabtu?
# Merancang untuk pegi dentist tapi tak buat appointment awal2. Bijak aiza!! postpone next friday.

# Bercadang untuk subscribe astro first tapi takde cerita menarik untuk dilanggan. postpone next movies.

# Menyusun plan sendiri untuk kuar berhujung minggu seperti office-hour-workers yg laen tapi kurang berjaya sebab encik panjang ada asssesment, seolah-olah bekerja pulak dia hari ini. So pergi lepas dia habes assessment. good luck dear!! :)

# Sekarang mengadap recorded program yang hentah hape hape untuk membazirkan waktu. Wah! Banyak sangat ke masa kau yang nak dibazirkan tuh?

# Diberi harapan untuk menonton Ombak Rindu oleh orang itu, tapi tak pasti schedule dia gila-OT macam mana. Jadi kita tunggu.







its 1516.. mari cari kerja.......................................




dah jumpe keje... mari makaaannn!!! :)