February 27, 2012

Emak saya Hebat!!

emak saya sangat baik,
walaupun aku masak tak sedap, mak cakap OK dan suka dan makan :)

emak saya sangat baik,
sentiasa memberikan gelak lucu bila aku cerita perihal aku-dia.

emak saya sangat baik,
Bagi sokongan untuk aku memulakan fasa baru dalam kehidupan.
cthnya: masuk MMU dapat bear besar (comel kan? :) )

emak saya sangat baik,
selalu teman aku makan -breakfast? brunch? lunch? dinner? supper? sume ada! walaupun mak tak makan tapi kalau dah teman tuh kadang2 join skali isi perut. :)

emak saya sangat baik,
Selalu dengar aku cerita pastuh bagi komen/pendapat.
cthnya: aku gaduh/ berselisih faham dengan member ke cgg ke encik panjang ke, sume aku cerita.

emak saya sangat baik,
Selalu cover situasi untuk mengelakkan dari bergaduh or kelam kabut.
cthnya: aku nak pegi dating, ayah tak tau! tettt!

emak saya sangat baik,
Hari - hari ada breakfast. Hari- hari buat breakfast. Tak pernah failed ok!!
Tapi ada juga mak beli breakfast, tuh pun sebab mak subuh kat masjid so tak sempat..haaaaa hebat kan? :)

emak saya sangat baik,
Kalau aku nak bagi hadiah ke belanja apa2 ke mesti mak cakap..."ishh! mahal tuh, baik simpan duit" ...tapi benda tuh tak mahal pun sebenarnya, kadang2 tak sampai ratus pun dah cakap mahal :)
Punya lah mak taknak bagi aku membazir.

emak saya sangat baik,
Bila dah kerja, sebagai anak mesti la bagi duit dekat mak sebagai saja2 ataupun keberkatan. Mak tak pernah minta! aku lupe ke ape ke memang tak kan minta.

emak saya sangat baik,
If mak naik kereta dengan anak dia, pergi mana2 ke. bila anak dia berhenti isi minyak, mak mesti hulur duit untuk tambah isi minyak. Tapi bergantung laa kepada si anak tuh nak terima atau tidak. Kalau sampai hati terima laaa.

emak saya sangat baik,
Selalu ajak aku beribadah tambahan! wajib tuh memang wajib lah. Sunat tuh sentiasa digalakkan, sentiasa mencurahkan ilmu, sentiasa ajak aku tgk Ustaz Don 30minit, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Forum Perdana, pergi masjid :), sangat mudah bicara soal agama. best!

emak saya sangat baik,
Kalau aku takde kat rumah, pergi kerja.. pastuh mak ada makan benda yg sedap ke, mcm dia beli kat kedai ke dapat kat masjid ke jiran bagi ke.. walaupun benda tuh sikit, mesti mak simpan sikit untuk bagi aku rasa.

emak saya sangat baik,
Sangat kuat dan bagi semangat kat org.
cthnya: aku terlantar dan mengharapkan oksigen untuk membantu, mak tetap tenang dan layan aku macam biasa. Tabah tak? :)


ada gambar dari sisi je, sebab mak saya tak suka bergambar



February 26, 2012

Dia dan Saya

Dia sangat cool

Saya suka air cooler


Dia garang untuk situasi

Saya baran untuk hati


Dia fikir bullet train

Saya fikir monorail


Dia peng-cermat

Saya peng-malas


Dia peng-risau

Saya penyayang :p


Dia belanja bila ada

Saya boros ada budget


Dia ferrari

Saya bumble bee


=)

February 24, 2012

'Peel' fresh

OK something about relationship...
It's normal when people tend to amohinarse in a relationship - friends, lovers, siblings etc.
It's a MUST.

She manage to turn the amoniharse into jokes (sometimes). She will never ever sit silent! Thats about her.
I miss you babe.

He? hurmm.
Whatever happen, this fella will wait for someone to come and fix it. It was like he never do anything wrong.
Your girl merajuk or takde mood on silly things and you did tell her that you're not comfortable with that and remind her not to do so in the future. But she did.. why? because it's her attitude and I think it's normal, and all you need to do is just comfort her with relevant explanations/reasons why you can't do this and can't do that. Definitely she will understand.


Everyone has his or her own strenghts and weaknesses. We should learn how to accept others weaknesses and how they react on our strenghts, vice versa.

Its totally UNFAIR, if i can accept yours but you dont!

February 17, 2012

situasi #3

Berusaha untuk memulihkan keadaan tapi tidak dilayan. Sekiranya terdapat kesilapan harap lah dimaklumkan kepada tuan punya badan supaya jelas dengan situasi tersebut. Malangnya cubaan demi cubaan diperlakukan sekadar air di daun keladi sahaja.

Kemudian hari, silalah jangan disalahkan pihak lain sekiranya keadaan semakin teruk kerana sesungguhnya cubaan demi cubaan telah diusahakan bagi memulihkan dan mengenalpasti puncanya.

Ulang perkataan cubaan demi cubaan telah diusahakan bagi memulihkan dan mengenalpasti puncanya tapi tidak membuahkan hasil.


Sekian

February 7, 2012

situasi #2

aku-bukan-patient :
kak, minta maaf tumpang tanya... katil 10 nih akan masuk ward ke hari ni?

perempuan-uniform-hijau :
data tak siap lagi macam mana nak tau masuk ward! (sambil pandang hujung mata seolah-olah menjeling lengkap dengan nada sarcastic)

aku-bukan-patient :
ouh... maaf kak saya tak tau sebab tuh saya tanya jek, terima kasih (sambil menahan getaran anak tekak)


enggkaaaaaauuu perempuuaaann!! aku tanya baik-baik engkau nak balas macam tak bertamadun nihhh kenapa?!!!!
Ingat!! engkau tuh deal dengan customer/patient face-to-face, facial expression tuh kena jaga. Aku faham lah engkau tuh penat ke hulu hilir bawak badan engkau yang besar tuh memerlukan tenaga yang sangat banyak, penat macam mana pun engkau...customer service tuh kena jaga reti??

February 5, 2012

situasi

Dear Mr C

You got services for FREE for few months due to system error..but that problem SOLVED. I told you there was a billing error for your account. You should glad that you're not been charged for that.
But I don't understand why you want to argue this free services. I believe you don't want to pay because this is not your problem at the first place. So, could you please just shut up and pay whatever statement you get.

Then you give me another stupid issue - earlier you mentioned your subscriptions are B and C for the past few months.
But now you tell me never request B for your subscription and request waiver for this. whatthefoodcourt!!! haihhhh.... (terang-terang dalam system ko yang mintak!)


Sekian,
sayayangpenatlayanawak

February 1, 2012