Cuba untuk tidak menggunakan buaian. Cuba untuk tidak meng-nestum-kan sebelom 6 bulan atau sebelom 4 bulan sekurang-kurangnya.
Sangat pantas berlaku, serentak pada usia 54 hari.
Muhammad Qasyaf Ibad merengek dari jam 3 petang sehingga 8 malam. Tido ibarat chipsmore yang sangat singkat masanya. Mungkin disebabkan kali pertama menempuh perjalanan 7 ke 8 jam dr KL ke Perlis.
Saranan orang tua menggunakan buaian elektrik, sebab babysitter nanti akan guna buaian elektrik juga. Jadi kena biasakan dia dengan buaian untuk siang hari mungkin. Dengan harapan tidak menyusahkan babysitter yang willing untuk jaga Qasyaf Ibad dengan waktu kerja ibunda yang tidak menentu.
Nestum cereal rice dicampur satu sudu teh ke dalam susu ebm oleh nenek perlis nya. Sebab? Qasyaf Ibad lelaki kuat menyusu dan kerap lapar. Benda ini normal sebab ramai buat dari dulu lg.
Hati ibu yang bertarung melahirkan anak dengan separuh nyawa, dan berusaha untuk fully breastfeed sehingga usia 6 bulan, cuba untuk tidokan tanpa bantuan buaian.... kenapa ayat aku ni tergantung? Ok sila guna bahasa mudah aiza.
Hati saya sedih sebab jadi macam ini. Jadi sy hanya mampu berdoa semoga segalanya baik untuk Qasyaf Ibad. Amin.
No comments:
Post a Comment