December 24, 2013

Confinement #3

3hari 2malam, aku dengan qasyaf menginap di Universiti Malaya Medical Center atau lebih dikenali sebagai PPUM. Dah macam karangan plak. Qasyaf ibad demam 3.83, disebabkan baru 2minggu usianya, kena tahan ward lah untuk further check up.

Elok je Qasyaf Ibad discharge, ayahnya pula admitted Columbia Hosp sebab keracunan makanan.

Syahdu rasa hati tak dapat ziarah. Dapat tengok gambar tangan pun ok la, tapi sayup juga hati ni.

December 11, 2013

Confinement #2

Heeeeeeeeeeeee =)
Indah! Alhamdulillah
Terima kaseh Penciptaku!

Diberi kesempatan, diatur masa dan peluang olehNya bagi membolehkan new mommy tido mengimpit bersama ayahnya si kecik semalam. Terubat rendu sikit walaupun dalam diri ade rase malu segan. Kenapa entah ada rasa macam tu.

New mommy tengah-tengah diapit ayahnya si kecik sebelah kiri (dekat dengan kipas) si kecik sebelah kanan new mommy.

Qasyaf goodboy tido malam tak menangis, merengek sikit je sebab nak susu. Ayah dapat tido sedikit lena. Ibunda rasa lega.

Terime kaseh sayang!

December 10, 2013

Confinement #1

Genap 7 hari usia Qasyaf ke dunia Ilahi. Berpantang kiranya dah 6 hari ke 7 hari? Tak tahu kira macam mana. Tolak tambah beza sehari, tak beza banyak. So tujuh hari lahh!! Hehheh

Sangat bermain dengan emosi sepanjang berpantang, ke aku yang terlebih emosi. Alhamdulillah masih di pinjamkan emak yang sihat, yang teeerrrrsaaaaangaaaattt baaaaaanyaaaaakkk membantu.

Pepagi dah panaskan tungku, jerang air untuk mandi, minum pagi, tungkukan kaki sementara menyusukan qasyaf, jaga qasyaf sementara aku bersiram, jemurkan qasyaf sikit sementara aku berurut. Memalam tido sekali dengan aku sebab nak jaga qasyaf, yelah takut new mommy tido tak sedar diri. Hehehhh. Mandikan dan tuamkan qasyaf pun emak juga yang buatkan.

Ayahnya si kecik tak tido sekali disebabkan tuntutan kerja. Makanya datang melawat sewaktu offday sahaja dan sekejap sahaja, offday pun ayah kena jumpe client.
Sebagai isteri, faham situasi itu tapi bila datang 'penyakit' mula lah rindu meruntun jiwa. Jiwaaaaangg. Bukan nak jiwang tapi itu sebenarnya. Walaupun ayahnya si kecik merasakan dirinya tidak membantu dalam penjagaan qasyaf, sebab baru dan banyak kena belajar lagi, hakikatnya kehadiran ayahnya si kecik dapat memberi semangat dan motivasi kepada new mommy. Itulah ayah si kecik tak tau. Sebab itu lah new mommy asyik berendam air mata je.

New mommy tak sampai hati nak ajak ayahnya si kecik tido sekali sebab nanti ayahnya si kecik tak cukup tido. Nak minta tolong ayahnya si kecik runner beli maternity pads pun rasa semacam. Nak minta tolong daftar klinik kesihatan dengan kadar segera pun errrrrrrrrr tak dapat disegerakan sebab ayahnya tidak sehat. Sepatutnya orang berpantang boleh keluar! Disebabkan bersuami asyik kene harapkan suami. Macam mana pula dengan single mother?

December 9, 2013

Raja Istana Rahim

Subuh 3rd dec 2013, doctor maklumkan bukaan 3cm dan akan di pindahkan ke bilik perjuangan. Disebabkan berat jangkaan baby mengjakau 4kg dan merupakan kelahiran pertama, doctor menyarankan pengambilan epidural.

Mak, akak dan kengkawan ada berpesan kalau boleh tak perlu amik epidural dikhuatiri kesan jangka panjang seperti sakit belakang. Tetapi disebabkan tenaga dan semangat saya sedikit pudar lantaran bukaan yang agak perlahan yang memakan masa lebih 12 jam. Maka saya membuat keputusan mengambil epidural.

1600 pm, bukaan sudah 9 cm tetapi tiada rasa untuk meneran lagi. Doctor suruh tunggu sehingga jamm1700. Walaupun amik epidural, contraction tetap rasa cuma mungkin tak kuat. Tapi saya tetap tidak tahan. Auuuuwww!

1730 pm doctor dh masuk bilik dah sediakan apa yang patut. "You can push now", doctor. Masalahnya tak rasa nak teran dan tak tahu pun macam mana nak teran. "You amik epidural, memang takde rasa sakit untuk push, but you have to push"

"Aiza you have to push... kakak awak boleh kenapa awak tak boleh"
"Dik ingat Allah banyak2, selawat, baca doa nabi yunus"
"Doctor saya tak larat dah, boleh caeser tak?"
"Aiza simpan suara untuk tenaga awak push, push jgn keluarkan suara"
"Your baby's head is here.. you need to push!"
"Come on aiza, lagi lagi, push aiza push"
"Sikit lagi puan dahi dah keluar, sikit lagi"
"Dah takat hidung, you need to push harder, sian baby you"
...........................
Uweeeeeekkkkkkk! *legaaaaaaaa*
Alhamdulillah.

Baby atas badan, yeaaaaa! Hidung mancung mcm ayah.

Ceritera 2nd Dec 2013 #2

Sampai wad bersalin ppum, ingatkan boleh la suami teman sementara nak tunggu bukaan. Rupenya hampa. Daftar, tukar baju terus tak jumpa suami. Sedihnya. Tak sempat nak bermadu kasih buat kali terakhir ke nak minta maaf ke.

Induce pertama jam1130 am, tunggu 6jam untuk cek bukaan. Sementara menunggu, kita ditemani degupan jantung raja istana rahim melalui CTG. Dengan tiada alat komunikasi, makanya mengirim doa pada pencipta sahaja. Alhamdulillah dapat jumpe sekejap dengan suami di luar ward. Masa ni contraction tak rasa lagi. Gagah lagi berjalan ke surau, borak dengan suami, sempat minta maaf express. Selepas asar, mak ayah datang pula, datang berserta semangat sokongan dorongan walau cuma sekejap.
Tepat 1730 pm, doktor cek bukaan baru 1cm.

Induce kedua jam 1830 pm cek bukaan 0030 am (3rd dec 2013). Comtraction bermula 2100 pm untuk setiap 5 minit. Cuba bertahan dengan harapan contraction membantu bukaan laluan. Harapan sekadar harapan bukaan masih 1cm. Terasa diri jatuh menjunam. Hahahhah. Apa yg menjunam entah. Nurse menawarkan painkiller supaya mommytobe boleh tido.
Tido lah saya bersama contraction. Jam 0400 am air ketuban pecah dengan gembiranya.

December 2, 2013

Ceritera 2nd dec 2013 #1

Sepatutnya sampai Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 730am. Tapi sekarang 8:58am tersangkut lagi dekat Kl Sentral. Pukul berapa nak sampai ini. Doctor cakap kalau lambat nanti katil penuh, makanya kena datang esok kah? Aiyooo.

Raja istana rahim masih tidak menunjukkan sebarang tanda. Macam taknak keluar je. Sayang little khalifah, keluar arini yea sayang.