Genap 7 hari usia Qasyaf ke dunia Ilahi. Berpantang kiranya dah 6 hari ke 7 hari? Tak tahu kira macam mana. Tolak tambah beza sehari, tak beza banyak. So tujuh hari lahh!! Hehheh
Sangat bermain dengan emosi sepanjang berpantang, ke aku yang terlebih emosi. Alhamdulillah masih di pinjamkan emak yang sihat, yang teeerrrrsaaaaangaaaattt baaaaaanyaaaaakkk membantu.
Pepagi dah panaskan tungku, jerang air untuk mandi, minum pagi, tungkukan kaki sementara menyusukan qasyaf, jaga qasyaf sementara aku bersiram, jemurkan qasyaf sikit sementara aku berurut. Memalam tido sekali dengan aku sebab nak jaga qasyaf, yelah takut new mommy tido tak sedar diri. Hehehhh. Mandikan dan tuamkan qasyaf pun emak juga yang buatkan.
Ayahnya si kecik tak tido sekali disebabkan tuntutan kerja. Makanya datang melawat sewaktu offday sahaja dan sekejap sahaja, offday pun ayah kena jumpe client.
Sebagai isteri, faham situasi itu tapi bila datang 'penyakit' mula lah rindu meruntun jiwa. Jiwaaaaangg. Bukan nak jiwang tapi itu sebenarnya. Walaupun ayahnya si kecik merasakan dirinya tidak membantu dalam penjagaan qasyaf, sebab baru dan banyak kena belajar lagi, hakikatnya kehadiran ayahnya si kecik dapat memberi semangat dan motivasi kepada new mommy. Itulah ayah si kecik tak tau. Sebab itu lah new mommy asyik berendam air mata je.
New mommy tak sampai hati nak ajak ayahnya si kecik tido sekali sebab nanti ayahnya si kecik tak cukup tido. Nak minta tolong ayahnya si kecik runner beli maternity pads pun rasa semacam. Nak minta tolong daftar klinik kesihatan dengan kadar segera pun errrrrrrrrr tak dapat disegerakan sebab ayahnya tidak sehat. Sepatutnya orang berpantang boleh keluar! Disebabkan bersuami asyik kene harapkan suami. Macam mana pula dengan single mother?
No comments:
Post a Comment