Sampai wad bersalin ppum, ingatkan boleh la suami teman sementara nak tunggu bukaan. Rupenya hampa. Daftar, tukar baju terus tak jumpa suami. Sedihnya. Tak sempat nak bermadu kasih buat kali terakhir ke nak minta maaf ke.
Induce pertama jam1130 am, tunggu 6jam untuk cek bukaan. Sementara menunggu, kita ditemani degupan jantung raja istana rahim melalui CTG. Dengan tiada alat komunikasi, makanya mengirim doa pada pencipta sahaja. Alhamdulillah dapat jumpe sekejap dengan suami di luar ward. Masa ni contraction tak rasa lagi. Gagah lagi berjalan ke surau, borak dengan suami, sempat minta maaf express. Selepas asar, mak ayah datang pula, datang berserta semangat sokongan dorongan walau cuma sekejap.
Tepat 1730 pm, doktor cek bukaan baru 1cm.
Induce kedua jam 1830 pm cek bukaan 0030 am (3rd dec 2013). Comtraction bermula 2100 pm untuk setiap 5 minit. Cuba bertahan dengan harapan contraction membantu bukaan laluan. Harapan sekadar harapan bukaan masih 1cm. Terasa diri jatuh menjunam. Hahahhah. Apa yg menjunam entah. Nurse menawarkan painkiller supaya mommytobe boleh tido.
Tido lah saya bersama contraction. Jam 0400 am air ketuban pecah dengan gembiranya.
No comments:
Post a Comment